Posts

Rosmah didakwa cuba ganggu saksi Halim Saad - Pendakwa

Image
  4 Okt 2018 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4     Bekas pengerusi Renong, Tan Sri Halim Saad ialah saksi yang didakwa cuba didekati Datin Seri Rosmah Mansor, kata pasukan pendakwaan hari ini. Pendakwaan menyebut isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba untuk mengganggu saksi pada masa lalu. Hal tersebut didedahkan dalam prosiding hari ini apabila pendakwa raya khas, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyerahkan suatu laporan polis kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi. Walaupun Sri Ram tidak menyebut nama bekas pengerusi Renong itu tetapi pasukan peguam belas Rosmah yang diketuai K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent bertanya kaitan Halim dalam kes ini. Pasukan pembelaan mengatakan laporan polis itu tidak dibuat Sri Ram tetapi oleh pegawai SPRM. Sebelumnya, pendakwa raya khas itu meminta mahkamah menolak permohonan ikat jamin Rosmah dalam kes pertuduhan pengubahan wang haram dan mendakwa b

Daim jadi peguam, jumpa Anwar 6 kali di penjara

Image
  6 Sep 2018     Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mendedahkan beliau 'menjadi peguam' dan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sebanyak enam kali sebelum pilihan raya umum ke-14. Menurut Daim beliau bertemu dengan ramai pemimpin Umno daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR sendiri termasuk Anwar bagi membincangkan masalah dihadapi negara ketika itu. "Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara itu saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar. "Saya jumpa dan berbincang dalam enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan saya tulis surat kepada PM. "Saya tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam. Mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk. "Tidak mengapalah sebab kami dah bincang.

Waran tangkap dalam kes rogol rekaan di Thailand

Image
  5 Sep 2018     GLOBAL Waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah terhadap pentadbir sebuah laman sesawang dan berpuluh-puluh orang yang berkongsi satu kandungan "rekaan" berkaitan seorang gadis rakyat Britain yang didakwa dirogol di sebuah pulau pelancongan Thailand. Polis di Pulau Koh Samui pada Isnin telah mendapatkan waran tangkap itu dari mahkamah wilayah Surat Thani, susulan dakwaan jenayah itu yang dilaporkan berlaku pada Jun di Pulau Koh Tao di wilayah selatan Thailand. Waran tangkap itu adalah untuk pentadbir laman sesawang CSI LA iaitu Pramuk Anantasilp, serta berpuluh-puluh lagi yang berkongsi kandungan "rekaan" tersebut secara online, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan timbalan komander polis wilayah Surat Thani, Cherdphong Chewpreecha. CSI LA telah menyiarkan kisah gadis berusia 19 tahun dari Britain itu, hanya dinamakan sebagai ‘Isabelle,’ yang kemudian polis dapati sebagai &q

Kerjasama politik baharu Pas, Umno?

Image
Rahayu Mustafa 3 September 2018 Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Ubah saiz teks) KUALA TERENGGANU – Kepentingan mewujudkan kerjasama politik baharu dijangka antara topik hangat akan dibincangkan dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat 2018 yang bakal berlangsung di Terengganu pada 13 hingga 16 September nanti. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menjadi sebahagian dari ucapan dasar yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyempurnakan muktamar  tahunan berkenaan. Ditanya sama ada kerjasama politik baharu itu mempunyai kaitan dengan Umno, beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Pas Pusat berkata persoalan berhubung perkara itu akan diketahui pada muktamar nanti. “Tunggulah pada hari berkenaan,” katanya ringkas selepas menyempurnakan M

SST: Isu ‘top up’ dalam perhatian: Gobind

Image
Raziatul Hanum A Rajak 1 September 2018 Sinar Paparan Twitter Gobind Singh. (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian soal rungutan rakyat berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas tambah nilai prabayar. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. “Terima kasih. Buat isu SST untuk prabayar, perkara ini dalam perhatian kementerian. “Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” katanya melalui ciapan di Twitter, sebentar tadi. Beliau berkata demikian bagi menjawab ciapan daripada pengguna Twitter, Mohd Ridzuan Hamzah dituju kepadanya. Mohd Ridzuan menulis, “tuan YB Gobind Singh Deo, sesuatu harus

PRK Seri Setia: Dr Halimah dakwa PKR guna jentera k'jaan negeri

Image
  1 Sep 2018     PRK SERI SETIA |  Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali mempersoalkan jika kempen yang dilakukan oleh pesaingnya, Halimey Abu Bakar dari PKR, adalah "bersih". Ini kerana, dakwa Dr Halimah, beliau sendiri melihat jentera kerajaan negeri digunakan bagi kempen Halimey. “Ini adalah Malaysia Baharu, kita cakap pasal reformasi kerajaan dan pilihan raya, jadi perlu ke guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya? “Saya lihat dimana-mana, program pagi dan tengah hari tadi di PJS 6 dan Desa Mentari, (jentera) kerajaan beri barang-barang,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini. Dr Halimah turut berkata ketika kempen ini beliau tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan serta tidak diberikan wang bagi tujuan memberikan barangan kepada pengundi. “Anggota parlimen kawasan ini adalah Maria Chin, pernah bersa