Posts

Showing posts from September 5, 2018

Daim jadi peguam, jumpa Anwar 6 kali di penjara

Image
  6 Sep 2018     Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin mendedahkan beliau 'menjadi peguam' dan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara sebanyak enam kali sebelum pilihan raya umum ke-14. Menurut Daim beliau bertemu dengan ramai pemimpin Umno daripada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR sendiri termasuk Anwar bagi membincangkan masalah dihadapi negara ketika itu. "Hendak jumpa Anwar susah. Yang dibenarkan jumpa hanya ahli keluarga atau peguam. Maka, untuk atasi masalah ini saya jadi peguam balik. Dengan cara itu saya dapat masuk di (Penjara) Sungai Buloh dan jumpa Anwar. "Saya jumpa dan berbincang dalam enam kali. Selepas itu saya tidak dibenarkan. Bila tidak dibenarkan saya tulis surat kepada PM. "Saya tanya mengapa tidak boleh berjumpa kerana saya peguam. Mereka ada laporan tertentu maka saya tidak dibenarkan masuk. "Tidak mengapalah sebab kami dah bincang.