Posts

Showing posts from September 4, 2018

Waran tangkap dalam kes rogol rekaan di Thailand

Image
  5 Sep 2018     GLOBAL Waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah terhadap pentadbir sebuah laman sesawang dan berpuluh-puluh orang yang berkongsi satu kandungan "rekaan" berkaitan seorang gadis rakyat Britain yang didakwa dirogol di sebuah pulau pelancongan Thailand. Polis di Pulau Koh Samui pada Isnin telah mendapatkan waran tangkap itu dari mahkamah wilayah Surat Thani, susulan dakwaan jenayah itu yang dilaporkan berlaku pada Jun di Pulau Koh Tao di wilayah selatan Thailand. Waran tangkap itu adalah untuk pentadbir laman sesawang CSI LA iaitu Pramuk Anantasilp, serta berpuluh-puluh lagi yang berkongsi kandungan "rekaan" tersebut secara online, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan timbalan komander polis wilayah Surat Thani, Cherdphong Chewpreecha. CSI LA telah menyiarkan kisah gadis berusia 19 tahun dari Britain itu, hanya dinamakan sebagai ‘Isabelle,’ yang kemudian polis dapati sebagai &q