SST: Isu ‘top up’ dalam perhatian: Gobind
Raziatul Hanum A Rajak 1 September 2018 Sinar Paparan Twitter Gobind Singh. (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian soal rungutan rakyat berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas tambah nilai prabayar. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. “Terima kasih. Buat isu SST untuk prabayar, perkara ini dalam perhatian kementerian. “Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” katanya melalui ciapan di Twitter, sebentar tadi. Beliau berkata demikian bagi menjawab ciapan daripada pengguna Twitter, Mohd Ridzuan Hamzah dituju kepadanya. Mohd Ridzuan menulis, “tuan YB Gobind Singh Deo, sesuatu harus ...