PRK Seri Setia: Dr Halimah dakwa PKR guna jentera k'jaan negeri

PRK SERI SETIA | Calon PAS bagi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali mempersoalkan jika
kempen yang dilakukan oleh pesaingnya, Halimey Abu Bakar dari PKR,
adalah "bersih".
Ini kerana, dakwa Dr Halimah, beliau sendiri melihat jentera kerajaan negeri digunakan bagi kempen Halimey.
“Ini adalah Malaysia Baharu, kita cakap pasal reformasi kerajaan dan
pilihan raya, jadi perlu ke guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan
raya?
“Saya lihat dimana-mana, program pagi dan tengah hari tadi di PJS 6
dan Desa Mentari, (jentera) kerajaan beri barang-barang,” katanya kepada
pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di
Hotel De Palma, Ampang, hari ini.
Dr Halimah turut berkata ketika kempen ini beliau tidak mempunyai
wang untuk dibelanjakan serta tidak diberikan wang bagi tujuan
memberikan barangan kepada pengundi.
“Anggota parlimen kawasan ini adalah Maria Chin, pernah bersama (NGO)
BERSIH, tapi ini bersih ke? Kempen ini bersih? Kita semua dalam PAS
kita tak ada duit nak bagi macam itu.
"Ini semua (jentera kita) orang PAS… saya tak membeli barang-barang
tapi orang PAS yang bawa dan masak, termasuk khemah, bendera semua dari
PAS,” katanya.
Tambahnya lagi, perkara ini membuktikan rakyat memerlukan pembangkang yang kuat di Selangor bagi menjadi penegur kerajaan.
Berdasarkan pemerhatian BERSIH pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos
lalu, ada tiga kategori kesalahan yang dilakukan parti politik sepanjang
tempoh 14 hari berkempen iaitu pengagihan hadiah atau sumbangan,
penggunaan harta dan program kerajaan serta amalan politik perkauman
serta melibatkan agama.
Justeru, BERSIH menggesa semua calon yang terlibat dalam dua pilihan
raya kecil (PRK) bulan depan mengelakkan diri daripada melakukan
kesalahan seperti di Sungai Kandis baru-baru ini.
Pilihan raya kecil pada 8 Sept ini bagi dewan undangan negeri it
diadakan susulan kematian penyandangnya, Shaharuddin Badaruddin pada 2
Ogos.
Allahyarham memenangi kerusi itu pada PRU14 selepas menewaskan calon
BN Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon bebas S
Vigneswaran.
Comments
Post a Comment