Posts

Showing posts from October 4, 2018

Rosmah didakwa cuba ganggu saksi Halim Saad - Pendakwa

Image
  4 Okt 2018 Item 1 Item 2 Item 3 Item 4     Bekas pengerusi Renong, Tan Sri Halim Saad ialah saksi yang didakwa cuba didekati Datin Seri Rosmah Mansor, kata pasukan pendakwaan hari ini. Pendakwaan menyebut isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak cuba untuk mengganggu saksi pada masa lalu. Hal tersebut didedahkan dalam prosiding hari ini apabila pendakwa raya khas, Datuk Seri Gopal Sri Ram menyerahkan suatu laporan polis kepada hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi. Walaupun Sri Ram tidak menyebut nama bekas pengerusi Renong itu tetapi pasukan peguam belas Rosmah yang diketuai K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent bertanya kaitan Halim dalam kes ini. Pasukan pembelaan mengatakan laporan polis itu tidak dibuat Sri Ram tetapi oleh pegawai SPRM. Sebelumnya, pendakwa raya khas itu meminta mahkamah menolak permohonan ikat jamin Rosmah dalam kes pertuduhan pengubahan wang haram dan mendakwa b