Kerjasama politik baharu Pas, Umno?
Rahayu Mustafa 3 September 2018 Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Ubah saiz teks) KUALA TERENGGANU – Kepentingan mewujudkan kerjasama politik baharu dijangka antara topik hangat akan dibincangkan dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat 2018 yang bakal berlangsung di Terengganu pada 13 hingga 16 September nanti. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menjadi sebahagian dari ucapan dasar yang akan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyempurnakan muktamar tahunan berkenaan. Ditanya sama ada kerjasama politik baharu itu mempunyai kaitan dengan Umno, beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Pas Pusat berkata persoalan berhubung perkara itu akan diketahui pada muktamar nanti. “Tunggulah pada hari berkenaan,” katanya ringkas selepas menyempurnaka...