SST: Isu ‘top up’ dalam perhatian: Gobind
Paparan Twitter Gobind Singh.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian soal rungutan rakyat
berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan ke atas
tambah nilai prabayar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata pihaknya
akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa
terdekat.
“Terima kasih. Buat isu SST untuk prabayar, perkara ini dalam perhatian kementerian.
“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkenaannya,” katanya melalui ciapan di Twitter, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab ciapan daripada pengguna Twitter, Mohd Ridzuan Hamzah dituju kepadanya.
Mohd Ridzuan menulis, “tuan YB Gobind Singh Deo, sesuatu harus
dilakukan berkenaan perkara ini. Laporan akhbar sebelum ini menyatakan
tiada SST untuk tambah nilai prabayar. Kerajaan sebelum ini pun tiada
kenakan GST.”
Mohd Ridzuan sempat berkongsi keratan akhbar senarai barangan dikecualikan SST.
Comments
Post a Comment